Thursday, July 23, 2009

Maklumat Lanjut SHIS 6

Assalamualaikum...

Untuk maklumat lanjut mengenai Seminar Hukum Islam Semasa ini, pihak penganjur menyertakan pamplet sebagai panduan untuk penyertaan atau pembentangan kertas kerja. Segala maklumat boleh dibaca di pamplet yang dilampirkan.



KERTAS KERJA DASAR

PENDAHULUAN


Mazhab Syafi‘e merupakan aliran yang mendominasi masyarakat Islam di Nusantara umumnya dan Malaysia khasnya. Ia telah diterima dengan baik dalam masyarakat Melayu selaras dengan kedatangan Islam yang berbentuk damai. Penerapan Islam secara damai ini melahirkan suasana sosio-budaya masyarakat yang harmoni. Kesan langsung daripada pengislaman ini, lahir pembudayaan ilmu yang tinggi di Alam Melayu terutamanya dalam tradisi penulisan. Hasilnya pelbagai genre penulisan diterbitkan khususnya dalam bidang fiqh. Kebanyakan karya ini berada dalam lingkaran dan kerangka mazhab Syafi‘e dari susur galur al-Nawawi. Selain itu, mazhab Syafi’e turut diterima sebagai mazhab fiqh rasmi di Malaysia. Peruntukan ini juga jelas di dalam enakmen agama negeri-negeri selain pengamalannya yang kukuh dalam masyarakat Islam di Malaysia.


Walaupun begitu, senario semasa memperlihatkan perubahan sosio-budaya masyarakat kesan perkembangan sains dan teknologi, pelbagai isu baru telah timbul dan memerlukan penyelesaian dari pihak yang berkenaan. Justeru, seminar ini sebagai kesinambungan siri Seminar Hukum Islam yang lepas akan dilaksanakan bagi mencari penyelesaian isu-isu hukum Islam semasa di Malaysia berasaskan metodologi kerangka mazhab Syafi‘e.


TEMA


Pemantapan Mazhab Syafi’e di Malaysia


OBJEKTIF


1. Menjelaskan pemikiran dan metodologi pengambilan hukum berasaskan kerangka fiqh Mazhab Syafi’e.

2. Mengemukakan cadangan penyelesaian isu-isu semasa khususnya di Malaysia dalam kerangka metodologi mazhab Syafi’e sama ada dalam bidang ibadah, mu’amalah, jenayah dan kekeluargaan Islam.


TARIKH


22 – 23 Oktober 2009 (Khamis – Jumaat)


TEMPAT


Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


PERASMIAN


YBhg. SS Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Harussani b. Hj. Zakaria

Mufti Perak Darul Ridzuan


BAYARAN


  1. Peserta institusi : RM 250
  2. Peserta individu : RM 150
  3. Mahasiswa : RM 50

Monday, July 20, 2009

Salam

Assalamualaikum..

Siri Seminar Hukum Islam Semasa anjuran Jabatan Fiqh & Usul APIUM diteruskan lagi setelah menfokuskan beberapa tema semasa. Seminar kali ini akan menumpukan ke arah pemantapan mazhab Syafie di Malaysia.